WBS DECO ONLINE SHOP

WBS DECO ONLINE SHOP
. our homemade and handmade...products

SORRY WE'RE TEMPORARY CLOSED

SORRY  WE'RE TEMPORARY CLOSED
MOHON MAAF ...UNTUK SEMENTARA WAKTU INI KAMI HANYA MAMPU UNTUK MENGAMBIL TEMPAHAN RAKAN TERDEKAT...DAN TIADA PENGHANTARAN POS.

Saturday, October 23, 2010

NEW ITEM FOR SALE


ukuran : 17 x 14 cm
harga : rm 20.00..
ukuran : 41 x 25
SAIZ PLAQUE ADALAH SAIZ BESAR PANJANG RAK HAMPIR MENYAMAI KELEBARAN WALL RACK RP-02.

HARGA : RM 50.00

Tuesday, October 19, 2010

Tempahan kak shida

Ini tempahan kak shidah...kenal lebih rapat masa kt FB rupanya my super duper..duper senior semasa di sek.men.Aminuddin Baki. Kuala Lumpur...
Terima kasih kak sudi menempah hasil tangan kami yang tidak seberapanya ini...
tempahan kak shidah telah di pos minggu lepas harap sampai dengan selamatnya...insyaallah..

PENGUMUMAN HARAP MAAF... TEMPAHAN UNTUK RAK-RAK TELAH DI TUTUP MULAI HARI INI DAN AKAN DI BUKA SEMULA AWAL JANUARI TAHUN HADAPAN INSYAALLAH..
INI KERANA KAMI PERLU MENYIAPKAN TEMPAHAN ONLINE YG SEDIA ADA DAN TEMPAHAN DARI PELANGGAN2 YG TINGGAL BERHAMPIRAN...

Friday, October 15, 2010

TEMPAHAN PELANGGAN....

EMPAT UNIT RAK SETINGKAT WR-03 TEMPAHAN DARI MAI...DI JOHOR SUDAH DI POS TADI
MAI TEMPAH 4 UNIT UNTUK LANGKAH KESELAMATAN SAYA BUAT 2 BUNGKUSAN..
DAH PACKING WRAP DGN PLASTIK,SUMBAT KERTAS SURAT KHABAR HARAP2 SAMPAI DGN SELAMATNYA..
KENAPA YEA PERKERJA POS SUKA CAMPAK2 JE BARANG...TAK KESIAN KE KALAU BARANG ORANG ROSAK TIMBANG RASA LAH SIKIT..GAJI DAH NAIK..CAJ POS PUN DAH NAIK TAPI PERKHIDMATAN...RASANYA TIDAK SEMUA TEMPAT MACAM TU ADA YG SAMPAI DENGAN SELAMATNYA MACAM BARU-BARU SAYA POS BIRDHOUSE ELOK PULA TAK ROSAK SEDIKIT PUN...HARAP2 RAK NI PUN BERGITU..INSYAALLAH..

Monday, October 11, 2010

Rumah si tokek..

salam semua...

Sifat semulajadi cek abang saya kalau boleh tidak mahu menghampakan permintaan orang selagi terdaya dan termampu dia akan lakukan...dan selagi tidak mendatangkan kemudaratan dan kerugian pada mana-mana pihak...

baru-baru ni ada pelanggan bekas anah buah semasa berkerja dahulu..datang ingin menempah rumah tokek...abang cakap dia cuba buat yea...
tahu tak apa dia si tokek ni tokek adalah seekor cicak yang sedang hangat di pasaran sekarang...harganya yang mahal dan melambung tinggi membuat kan permintaan untuk membeli tokek ni semakin tinggi...hingga mencecah ribuan dan jutaan ringgit...

RUMAH TOKEK PUN NAK DEKO-DEKO..ENGLISH STYLE LAGI.MENURUT KATA TUAN TOKEK...CICAK TOKEK NI SENTIASA MERUBAH WARNA KULIT NYA MENGIKUT KEADAAAN SEKELILING..MACAM SESUMPAH.
dah siap satu rumah tokek ni cek bang saya pun tel tokey tokek ni untuk melihatnya...dari satu akhirnya tokey tokek berpuashati menempah lagi tujuh rumah tokek.....alhamdulillah...
KALAU TIDAK SILAP SAYA TOKEK SEBESAR NI HARGANYA SUDAH BERJUTA...KAYA LE ORANG YANG MENEMUINYA DI HUTAN KALIMANTAN...KAYA DENGAN SEKELIP MATA....
MACAM-MACAM KAN KERENAH MANUSIA SEKARANG....AGAKNYA KALAU TOKEK SEBESAR NI BAGAIMAN PULA DESIGN DEKO RUMAH UNTUK TOKEK GERGASI NI..HE..HE...

Friday, October 8, 2010

PEMBERITAHUAN...

Mulai hari ini ...kami memohon maaf tidak mengambil lagi tempahan rak-rak yang besar2 seperti Wall rack yang untuk tujuan penghantaran pos...

tempahan rak-rak yang besar-besar lebih terbuka kepada pelanggan yang pick-up sendiri,,.atau pelanggan yang tinggal berhampiran lokasi rumah kami...

PERTAMA = Ini adalah kerana kesukaran mencari kotak yang bersesuai untuk tujuan pembungkusan dan risiko kerosakan agak tinggi...

KEDUA = kesuntukan masa..untuk membuat rak..dan memenuhi tempahan..pelanggan..


Mulai bulan Disember ini kami tidak mengambil tempahan...rak-rak sekadar menjual ready stok sahaja..

setiap item yg ada ready stok akan di publish di blog ini dari semasa ke semasa mulai disember ini..

 RAK REBAN PANJANG 2 KAKI.. BUATAN KAMI YANG TELAH DI MAKE-UP OLEH PELANGGAN...GAMBAR DI AMBIL DI RUMAH SALAH SEORANG PELANGGAN KAMI...MEMANG KREATIF CANTIK ....SWEET JE..

Terima kasih di atas sokongan semua...

Thursday, October 7, 2010

SEKADAR LUAHAN HATI..

Berniaga ini memang menuntut kesabaran yang tinggi..namun sebagai manusia biasa saya tidak telepas dari rasa kecewa namun tidaklah sampai berputus asa....
kita juga sebagai manusia biasa pastinya tidak dapat memuaskan hati semua pihak...
susah payah dan jerit perit hanya kita yang merasa...

Melayan kerenah pelanggan adalah salah satu asam garam dalam perniagaan...alhamdulilah kebanyakan pelanggan amat memahami namun ada juga satu dua yang masaalah yg kita tempohi ialah manusia ni tak semuanya sama...rasanya memegang slogan" customer always right" ni agak sudah tidak relevan lagi...kerana bagi  pendapat saya  pelanggan dan peniaga juga adalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dalam soal ini saling bertolak ansur adalah penting..

sekadar luahan hati saya dan menceritakan suka duka kami kepada yang sudi mendengar dan membaca....

Mulai dari melayan sms pelanggan ada yang sms sampai 12 kali tetapi akhirnya tak membeli...ada yang sms 2 kali dah confirm order dan terus buat pembayaran....bill untuk telepon.. sahaja menecah ratusan ringgit...padahal harga rak  yg di jual tidaklah termasuk caj sms...kerana itu saya lebih menggalakkan pelanggan kalau sekadar untuk membuat pertanyaan boleh email dan msg di FB saya sahaja...

RAK INI BUATAN TANGAN CEK ABANG SAYA DI RUMAH SALAH SEORANG PELANGGAN KAMI YG SETIA DI RUMAHNYA LEBIH DARI SEPULUH ITEM BARANGAN BUATAN CEK ABANG ADA DI RUMAHNYA DARI BIRDHOUSE,RAK REBAN DAN LAIN2 TERIMA KASIH DEWI DAN KAK ATON ATAS SOKONGANNYA BUAT KAMI..

cuba semua banyangkan rak-rak yang di jual di sini adalah homemade buatan kami sendiri yang hanya menggunakan mesin-mesin kecil dan pertukangan tangan sendiri bagi menyiapkan satu wall rack..memakan masa berhari-hari dari memotong...kemudian memaku dan mengecat sehingga 4 lapisan cat yang memakan masa 3-4  hari..dan kami pula mengenakan kadar harga serendah yang mungkin..

TUgas membungkus juga amat mencabar bayangkan..untuk mencari kotak yang sesuai juga susah...dari membalut rak dengan plastik...kemudian membungkus dengan kotak...tetapi kotak bukan memasukkan sahaja dalam kotak yg sedia ada kerana  terpaksa di buka semula kotak bentang luas-luas kemudian di potong mengikut ukuran rak...bayangkan kalau kotak tebal untuk membentuk lipatan rak pun sampai sakit2 tangan di buatnya...
kemudian masukkan bergumpal2 kertas surat khabar kerana takut rak pecah...balut kotak dengan kertas minyak...ikat dengan tali, tulis borang dan nama dia atas kotak dengan marker pen.. dan bawa ke pejabat pos di setiawan yg agak jauh dari rumah....

terhoyong hayang bawa barang yang berat-berat dan besar-besar masuk ke pejabat pos kekadang terpelecok kaki...terjengket2 menahan sakit barang di bawa juga untuk di pos...hanya untuk mendapatkan rm 40.00..dari rm 40.00 itu bukanlah untung bersih..jika di tolak modal kami hanya dapat lebih kurang  rm 10.00 - 15.00 ringgit untuk satu rak...ini berbeda dengan oarang yang jual rak tapi bukan buatan sendiri...seperti membeli di kedai yg sedia ada di bandingkan dengan kami yang menggunakan tulang empat kerat untuk menghasilkannya...
bermakna keuntungan yang dari rm 10-15 itu tiada upah untuk hasil keringat yang tumpah...ibarat kerja yang tiada bayaran...

itu belum temasuk tersilap kira harga caj pos kalau terkurang terpaksa lah tambah duit sendiri takkan hendak minta pada pelanggan kerana kesilapan sendiri...

kekadang terfikir sendiri berbaloi ke apa yang aku buat ini...tetapi cek abang saya cakap tak apa kita berserah sahaja pada Allah selagi terdaya kita buat..

Seperti semua sedia maklum risiko kerosakan semasa pos penghantaran  memang tidak dapat di elakkan lebih2 lagi pos parcel biasa...ianya bergantung kepada pengendalian pihak pos pula...
saya cuba membungkus sedaya kami...cuba anda bayangkan rak2 ini semua besar dan agak sukar untuk di bungkus...
bila dapat feeback yang pelbagai dari customer...ada yg sms "kak barang dah sampai semua ok..trm ksh kak rak besar berbaloi le beli"...syukur alhamdulillah...
atau " kak terima kasih barang dah sampai dengan selamatnya terima kasih byk saya puas hati..lain kali kita boleh berurusan lagi"....lega hati saya bile menerima sms sedemikian...
ada yang sms " kak rak dah selamat sampai tapi pecah dekat bumbung..tapi x pa saya dah tampal dah..trmksh kak"..
atau " kak rak dah sampai tapi dah pecah le sikit macam mana ni" bila menerima sms seperti ini hati saya jadi gundah gulana...apa lagi yg dapat saya lakukan..apakan daya...saya ini semua bergantung kepada pengendalian pihak pos barang2 bnyak yang mereka perlu bawa dan rak2 ini pula besar2 dan agak berat...mugkin keletihan rak-rak terjatuh..
seperti kata salah seorang pelanggan yang memahami hendak membeli jam saya tanyakan hendak pos parcel ke poslaju..pos parcel takut pecah..pelaju pulak mahal sgt tak padan dengan harga jam...sebab takut di baling2...tetapi jawab pelanggan saya..".tak apa ina...kalau sampai elok rezeki saya kalau pecah sudah bukan rezeki saya"...terharu saya kerana sikap yang terbuka dan amat memahami beliau...

alhamdulilah buat masa ni tidak lah ramai yang rak mereka rosak cuma ada satu dua sahaja...

walau pun tak ramai yang raknya rosak tapi risiko untuk terjadi dan keberangkalian terjadi adalah tinggi jadi itu semua adalah di luar kuasa kami...seperti yg telah saya tulis tertera di blog ini..
sebenarnya saya pun tidak mahu perkara ini terjadi tetapi kalau terjadi...kalau kami tidaklah dapat membayar ganti rugi...apa yg  ada pada kami lagi...kami telah meletakkan harga serendah yang boleh..

memang ada kata pepatah bukan senang hendak senang tapi kami buat kerja ni bukan untuk senang malah  untuk lepaskan pembelanjaan harian pun belum mengcukupi...tetapi tetap bersyukur dengan rezeki pemberiaan allah..

kepada pelanggan kami saya suami isteri memohon maaf sepanjang perniagaan kami jika ada yang telebih dan terkurang...saya mohon di halalkan..sebagai manusia biasa kami pastinya ada kekurangan diri...dan tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak...
hanya yang pernah merasa apa yg kami alami kan memahami situasi kami...

P/s: saya mohon maaf jika ada tersinggung dengan n3 ini kerana saya tiada bermaksud sedemikian n3 sekadar memohon pengertian pelanggan mengenai situasi kami...

Sunday, October 3, 2010

TEMPAHAN...

salam...
birdhouse yang sudah di make up kan saya menggunakan teknik decaupage tisu dan painting...guna cat arcrylic..


kepada pelanggan yang telah membuat tempahan tampa pembayaran deposit saya memohon maaf tempahan anda tidak dapat disahkan..
kepada pelanggan yang sanggup menunggu sehingga tempahan siap saya mengucapkan ribuan terima kasih...

PEMBERITAHUAN


ASSALAMUALAIKUM....

kepada semua pelanggan yang dihormati dan di kasihi....sekali lagi kami memohon maaf kerana MULAI 1HB .MARCH.. 2011..KAMI HANYA BERKESEMPATAN MENJUAL PRODUK HASIL TANGAN KAMI DENGAN MENJUAL "READY STOK SAHAJA"..TIDAK LAGI DAPAT MEMENUHI TEMPAHAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN .

kedai WBS DECO mulai sekarang tidak lagi mengambil tempahan mengikut permintaan para pelanggan,kami cuma sempat menjual ready stok sahaja...harap maaf..


DENGAN ITU BESAR HARAPAN SAYA AGAR PARA PELANGGAN YANG DI KASIHI DAPAT MENGIKUTI PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI PRODUK READY STOK KAMI DARI MASA KE SEMASA DI SINI..


Mohon maaf di atas sebarang kesulitan...sekian terima kasih..

BERMINAT DENGAN APA YANG DI JUAL DI SINI SILA ISI BORANG/FORM DI BAWAH

post terkini

There was an error in this gadget

TERIMA KASIH SUDI BERKUNJUNG

SPEEDCOUNTER.NET - free counter!
Contact Form

Name*
Email*
Website
Subject*
Message*
Powered byEMF HTML Forms